TARIAN BHARATA NATYAM
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India.Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuhdengan tradisi,
yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masabertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan,
kaki dan matayang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama
yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil
Naidu di bahagian Selatan
India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh
seorang penari wanita.
TARIAN BHANGRA
• Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikanpenglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayahPunjab di India.
• Setiap pergerakan di dalam tarian ini membawa maksud yang tersendiri dalamusaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik. Penari bagi tarian iniyang biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita akan mengenakanpakaian yang pelbagai serta berwarna cerah.
TARIAN KHATAK
•
Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India
yang berasal dari utaraIndia. Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud"seni bercerita"
.
Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakandiri kepada dewa-dewa Hindu.
• Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era
mogul di India persembahantarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathakketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi.
GIDDHA
Tarian Giddha merupakan tarian rakyat masyarakat Punjabi
tetapi hanya dipersembahkan oleh penari-penari wanita. Ia diibaratkan seutas
tali atau rantai yang berpusar dengan rentak dan warna yang terkandung dalam
Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk meluahkan
perasaan mereka. Dengan ayunan tangan yang gembira, mereka saling berhubung
melalui Bolian(rangkaian lagu rakyat) dan memaparkan selendang yang cantik.
No comments:
Post a Comment