TARIAN MAK YONG
Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang
TARIAN ZAPIN
Tarian
zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal
daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya
adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman
Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan
berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun
islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak
formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.
TARIAN GAMELAN
Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain
Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.
Tarian
Joget
Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu
cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tariansosial serta diterima oleh
berbagai-bagai kaum di Malaysia. Ia juga biasanya ditarikan
secara berpasangan lelaki dan wanita.
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu-lagu yang
dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan
lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta
keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.
No comments:
Post a Comment